loader image

Kemurungan Disebabkan Kesunyian

Sikap dan peribadi Norhayah, 60, mula mengalami perubahan setelah beliau kehilangan suami dan anak sulung tercintanya. Ini berkemungkinan disebabkan oleh kemurungan. Dulunya, beliau bersikap ceria dan ramah namun semua itu berubah menjadi orang yang pendiam dan memasang wajah yang muram. Anak-anak mereka melakukan banyak cara untuk menggembirakan ibunya namun semua usaha mereka gagal.

Anak-anaknya semua putus akal untuk mengembalikan sifat asli ibu mereka. Mereka masing-masing juga mempunyai kerjaya sendiri dan masa untuk menjaga ibu mereka sangatlah terbatas.

Ikhtiar akhir yang dilakukan anaknya adalah membawa Norhayah bertemu dengan pakar psikiatrik untuk mengetahui apakah ada cara untuk merawat ibunya supaya tidak terus murung yang boleh menyebabkan menjadi nyanyuk atau demensia.

Kesunyian merupakan penyakit yang boleh membawa kepada kematian. Semua manusia memang akan merasakan kematian, namun semua orang pasti menginginkan pengkakhiran yang baik.

Tiada seorang manusia di dunia ini yang terlepas dari kesunyian. Namun warga tua lebih terdedah dengan risiko ini ditambah apabila anak-anak mula menjalani kehidupan mereka sendiri dan membiarkan ibu bapa mereka bersendirian di rumah.

Kesunyian yang berkelanjutan juga akan memburukkan kualiti hidup seseorang. Ia juga akan mendorong kepada kemurungan yang serius, sistem imuniti badan menjadi lemah terhadap sebarang penyakit sehingga menggangu mental seseorang yang menghidapnya.

Umumnya, warga emas akan menunjukkan yang mereka ini kesunyian adalah seperti tidak mahu makan, tidur tak lena dan mula menjadi pendiam.

Terdapat sebahagian orang tua menjadi pelupa dan sering berbicara seorang diri yang menyebabkan anak mereka beranggapan bahawa ibu bapanya nyanyuk atau demensia. Setelah bertemu pakar kesihatan mental ia sebenarnya hanyalah masalah kesunyian.

Anak-anak perlu peka dengan sebarang perubahan yang berlaku kepada ibu bapa mereka. Anak-anak perlu meluangkan masa bersama ibu bapa dan mendengar luahan atau masalah yang mengganggu mereka. Dengan begitu, ianya sedikit demi sedikit akan membantu mengurangkan rasa kesunyian yang mereka hadapi.

Pengambilan Baru
Bonda & Ayahnda Telah Dibuka

Hubungi kami segera bagi mendapatkan info lebih lanjut

TANDA-TANDA IBU BAPA MENGALAMI KESUNYIAN

Perubahan Mood Secara Tiba-Tiba

Perubahan suasana hati yang disebabkan oleh kesedihan, tidak peduli dan kemarahan adalah tanda peringatan untuk diperhatikan. Perubahan mood juga dapat dilihat pada orang yang mengalami demensia. Ramai yang silap dalam mendiagnosnya sebagai tanda demensia.

Perbezaan utama kesunyian dengan demensia adalah, orang yang kesunyian dapat menyedari perubahan sikap mereka manakala demensia pula tidak menyedarinya. Perubahan mood pada orang demensia berlaku tanpa sebab tertentu.

Kesukaran Kognitif

Mereka yang merasa kesunyian mungkin melihat penurunan pesat dalam fungsi mental jika dibandingkan dengan demensia. Kecacatan kognitif, seperti hilang ingatan atau lupa akan berlaku dari semasa ke semasa.

Kecacatan kognitif pada mereka yang mengalami kemurungan tidak menyebabkan mereka tidak dapat bercakap dengan keluarga atau mengalami kesukaran memahami orang lain. Namun kemurungan yang tidak dirawat berisiko tinggi untuk mengalami demensia

Susah Tidur/ Insomnia

Kebimbangan dan kesedihan yang berterusan akan mempengaruhi kesihatan mereka. Permulaan susah tidur secara tiba-tiba boleh menjadi tanda amaran untuk diperhatikan. Mereka yang mengalami insomnia berisiko untuk mengalami kemurungan.

Kekurangan kualiti tidur yang bagus dapat membuatkan seseorang tidak dapat menumpukan perhatian terhadap kerjanya serta dapat mengakibatkan lupa ingatan.

Keletihan Berterusan

Keletihan dikatakan sebagai gejala kedua yang boleh dilihat dalam diri orang yang mengalami kesunyian. Kemurungan pula empat kali lebih besar kemungkinannya untuk mengalami keletihan. Kedua-duanya dapat menghalang seseorang untuk mendapat rehat malam yang baik.

Keletihan boleh bertahan selama berminggu-minggu atau berbulan-bulan dan dapat mempengaruhi gejala lain dari aspek fizikal, mental dan emosi.

Menyendiri

Kesunyian menyebabkan sesetengah orang menarik diri dari semua jenis interaksi sosial, termasuk dengan ahli keluarga. Ini kerana mereka berasa tidak selesa untuk bersosial dan terus menyendiri.

Ada yang berasa bahawa mereka menjadi penghalang kepada orang lain dan lenih memilih untuk diam dan menjauh atau mengelakkan hubungan mata.

Tidak Melakukan Perkara Yang Disukai

Mereka yang kesunyian perlahan-lahan akan menarik diri dari melakukan hobi atau aktiviti yag disukainya. Semakin mereka menjauh dari melakukan perkara yang disukai, mereka mula menunjukkan kekurangan tenaga untuk berfikir tentang hobi mereka.

Ini semua berbeza mengikut orang. Ada yang masih melakukan perkara yang disukai namun tidak mendapatkan gairahnya atau tidak merasa senang dengan perkara yang dilakukannya.

Kerap Sakit

Sekiranya ibu bapa anda tiba-tiba menghidap penyakit yang panjang sedangkan baik-baik sahaja sebelum ini, ia juga merupakan satu amaran bahawa ibu bapa anda sedang mengalami kesunyian. Kesakitan berpotensi untuk mengubah fikiran, perasaan dan tingkah laku

Terdapat penyakit yang muncul tanpa sebab, walaupun anda berada dalam keadaan sihat. Sakit juga dapat menggangu rutin harian dan boleh membawa kepada penurunan dalam kesihatan mental.

Perubahan Selera Makan

Ibu bapa anda secara tiba-tiba mengalami peningkatan atau penurunan selera makan. Mereka juga memilih dalam soal pemakanan seperti suka akan makanan yang manis-manis.

Ibu bapa anda tiba-tiba makan dalam porsi yang lebih besar dibanding kebiasannya dan memilih makanan yang dapat menyebabkan kenaikan berat badan dan masalah kesihatan lain, begitu juga sebaliknya. Perubahan lain ialah mengalami masalah pencernaan seperti cirit-birit yang kerap atau sembelit.

Cubaan Membunuh Diri

Tanda yang paling membimbangkan dari semua yang di atas. Cubaan bunuh diri sama ada dalam bentuk penyataan lisan dan sebagainya. Sekiranya mereka menunjukkan sebarang tanda cubaan bunuh diri maka kita perlu menghentikannya segera.

Kecenderungan membunuh diri tidak dapat dilihat tanda-tandanya. Orang yang tetekan akan menyembunyikan perasaan sebenar mereka dari orang sekeliling.

Share :