loader image

PUSAT JAGAAN WARGA EMAS DI MALAYSIA

Pusat Jagaan Harian & Bulanan  — Terbaik Untuk Warga Emas

Semakin ramai yang mula terbuka dengan isu menghantar ibu bapa ke rumah orang tua dan memadamkan stigma lama yang mengatakan anak yang menghantar ibu bapa ke rumah orang tua sebagai anak derhaka.

Kepada anak-anak yang sudah bekeluarga dan bekerjaya yang masih mahu bertanggungjawab menjaga ibu bapa, menghantar mereka ke rumah penjagaan orang tua merupakan jawapan yang tepat.

Di zaman maju ini, menjaga kebajikan ibu bapa tidaklah semesti harus berhenti kerja atau duduk serumah dengan mereka semata-mata. Jika sudah terikat dengan kerja, maka diperlukan satu jalan lain untuk memastikan kebajikan mereka terpenuhi.

Sejak tahun 2000, terdapat peningkatan dalam penubuhan rumah orang tua di Malaysia. Selain di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) banyak rumah dibuka di bawah penyelenggaraan badan bukan kerajaan (NGO), badan korporat dan persendirian.

Rumah-rumah ini terdiri daripada rumah penjagaan secara harian, mingguan dan bulanan. Anda tidak perlu bimbang mengenai makan minum mereka dan boleh mengambil atau melawat ibu bapa anda pada bila-bila masa sahaja sama seperti pusat asuhan kanak-kanak.

Ada juga yang meletakkan ibu bapa mereka ketika mereka sedang bekerja di luar kawasan selama beberapa hari. Ini lebih baik dibandingkan membiarkan ibu bapa sendirian di rumah kerana kebajikan mereka lebih terjamin di rumah orang tua.

Makan-minum, penjagaan diri, ubat-ubatan ibu bapa anda lebih terjaga ketimbang meninggalkan mereka sendirian di rumah. Kesihatan ibu bapa merupakan perkara yang sangat penting, penting untuk memilih pusat jagaan orang tua yang terbaik dari segi penjagaannya dan keselesaannya supaya ibu bapa mendapatkan perkhidmatan yang terbaik.

Di bawah terdapat senarai beberapa rumah penjagaan warga emas yang menyediakan perkhidmatan secara harian, mingguan dan bulanan:

Pusat Penjagaan Dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah, Bangi

Jika memerlukan pusat jagaan yang terbaik Darul Insyirah adalah jawapannya. Terletak di Bangi serta mempunyai staf yang terlatih akan memastikan kebajikan ibu bapa anda terjamin. Persekitaran yang selesa dan jauh dari kesibukan akan memberikan suasana yang aman untuk ibu bapa lebih-lebih lagi kepada mereka yang menghidap penyakit

Pusat Jagaan ini dibuka dengan menyediakan kemudahan lengkap untuk jagaan harian, mingguan dan bulanan. Terdapat dua penjagaan yang disediakan iaitu untuk bonda dan ayahanda yang mampu menguruskan diri sendiri dan untuk warga emas yang tidak boleh menguruskan diri sama ada yang sakit atau terlantar kerana uzur.

Darul Insyirah sangat menekankan pendidikan kepada warga emas bagi meningkatkan maruah, harga diri dan kualiti hidup mereka. Pelbagai kelas diadakan seperti kelas bacaan al-Quran, ceramah agama dan aktiviti keagamaan sepanjang hari.

CARE Concierge, Petaling Jaya

Jika anda mencari pusat penjagaan untuk ibu bapa yang mengalami demensia, strok, kanser, Alzheimer serta rawatan perubatan khusus selepas pembedahan anda boleh berkunjung ke sini. Menyediakan 12 perkhidmatan di bawah satu bumbung ia menjadikan CARE Concierge begitu premium.

Terletak di lokasi tumpuan, Jaya One, Petaling Jaya, CARE Concierge mempunyai tenaga kerja profesional khusus merawat dan menjaga warga emas yang menghidap penyakit tertentu. Kemudahan jururawat, ahli terapi dan pengasuh profesional datang ke rumah bagi servis pemulihan selepas rawatan di hospital turut disediakan.

Bayaran dikenakan bermula RM3,800 sehingga RM6,000 bergantung kepada perkhidmatan diambil.

Laman Khaira, Putrajaya

Jika memerlukan khidmat penjagaan ibu bapa secara profesional Laman Khaira adalah jawapannya. Beroperasi di Putrajaya, dengan menyediakan pakej Daily Care, Weekly Care, Monthly Care atau Home Care, dengan tenaga pekerja terlatih sudah pasti anak-anak tidak risau memikirkan keselamatan ibu bapa ketika keluar bekerja. Persekitaran yang aman, selesa dan jauh daripada kesibukan kota ia menjanjikan ketenangan untuk orang tua terutama mereka yang ada masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi juga masalah seperti demensia. Harga bermula RM3,900 bergantung kepada pakej yang diambil.

Attia Care Centre, Klang

Pusat penjagaan orang tua Attia Care Centre yang terletak di Klang, Petaling Jaya, Bukit Damansara dan Subang Jaya  ini menawarkan perkhidmatan penjagaan secara sepenuh masa termasuk tenaga profesional dalam bidang  perubatan.

Turut menerima rawatan koma, strok, kes kemalangan selepas keluar hospital termasuk pemerhatian 24 jam oleh jururawat terlatih.

Semua warga emas akan dilawati oleh doktor pada setiap minggu. Menyediakan perkhidmatan secara harian dan juga bulanan dengan pelbagai aktiviti turut disertakan termasuk aktiviti bercucuk tanam, kaunseling, melayari internet atau menonton Astro.  Pakej ditawarkan bermula dari RM900 hingga RM5,000 sahaja.

Dementia Home Care, Sdn Bhd, Petaling Jaya

Bagi anak-anak yang memiliki ibu bapa Alzheimer boleh memilih Dementia Home Care yang terletak di Klang ini. Menyediakan penjagaan khas untuk yang mengalami masalah dementia sahaja.

Anak-anak tidak perlu bimbang kerana pusat ini menyediakan tenaga kerja terlatih, yang akan memberikan khidmat jagaan terbaik untuk ibu bapa anda. Selain rawatan jangka pendek, ibu bapa juga akan dipantau untuk rawatan jangka panjang. Menyediakan tempat yang selesa, selamat menjadikan ia pilihan anak-anak terutama yang bekerja serta tidak tahu bagaimana menguruskan ibu bapa mereka.

Sebelum mendaftar anda dinasihatkan mendapatkan rujukan doktor untuk mengesahkan bahawa ibu bapa mempunyai dementia. Bayaran dikenakan bermula RM3000 ke atas.

Pusat Jagaan Warga Emas Husna Arrashid, Kampung Klang Gates, Kuala Lumpur

Menyediakan jagaan harian hantar pagi pulang petang, jagaan mingguan dan bulanan untuk warga emas. Tenaga kerja terlatih dan profesional disediakan termasuk khidmat mencuci luka untuk pesakit diabetes, menukar balutan dan rawatan susulan di hospital. 

Yuran bergantung kepada taraf dan status kesihatan seseorang iaitu bermula RM1200 sehingga RM1,800 sebulan.

Zara Aisyah Care Centre, ZACC, Shah Alam

Menyediakan pakej perkhidmatan untuk jagaan harian, mingguan dan bulanan. Bagi anak-anak yang memiliki ibu bapa demensia, strok dan alzheimer ZACC mempunyai tenaga pekerja profesional yang dapat menguruskan keperluan dan rawatan untuk ibu bapa anda. Pakej jagaan harian bermula RM190 ke atas manakala bayaran bulanan bergantung kepada pakej diambil. Untuk pakej jagaan asas bermula RM3,500 sehingga RM4,199 sebulan mengikut keadaan pesakit.

Terletak di Shah Alam dalam kawasan perumahan yang tenang, bersih dan aman menyebabkan ZACC menjadi pilihan warga Shah Alam dan kawasan sekitar.

Share :

Pusat Penjagaan Dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah

Kami mempunyai 2 kekosongan bagi Kategori Sihat dan 16 kekosongan bagi Kategori Terlantar di Katil