loader image

pengambilan baru kini dibuka

PENGAMBILAN BONDA DAN AYAHNDA KINI DIBUKA

DAFTAR SEGERA

*Kami akan hubungi anda dalam masa terdekat. Terima kasih kerana memilih kami sebagai tempat penjagaan dan pendidikan bagi ibu/ayah anda.

Darul Insyirah

TERBIAR DI RUMAH SENDIRI ATAU TERJAGA DI RUMAH ORANG TUA?

“Kamu tahu tak yang Wafi tu, dia hantar mak dia ke rumah orang tua. Kesian maknya, entah cukup makan atau tak disana tu. Jangan-jangan dibiarkan je terlantar orang tua tu di sana nanti,” kata makcik A kepada B yang juga mempunyai ibu di rumah tetapi dibiarkan seorang diri.

Kita sering dipertontonkan di kaca tv, di mana setiap orang tua yang hidup atau tinggal di pusat penjagaan warga emas maka hidup mereka amatlah sadis dan tidak terurus. Anak-anak yang menghantar ibu bapanya ke rumah orang tua akan dianggap sebagai anak derhaka dan anak tak kenang budi oleh masyarakat sekitarnya.

Kenyataanya, menghantar ibu bapa anda ke rumah orang tua tidak bermakna yang anda itu jahat. Malahan ia merupakan satu pilihan yang tepat bagi memastikan keselamatan dan keselesaan ibu bapa anda terjamin terutama bagi pasangan bekerjaya.

Cuma anda yang mengetahui keadaan anda diri sendiri dan ibu bapa. Abaikan apa yang dikatakan orang lain kerana anda yang menjalaninya, bukan mereka.

Masih keliru dan ragu-ragu untuk membuat keputusan?
Ambil masa sebentar untuk merenung sejenak, keperluan menghantar ibu bapa ke rumah orang tua atau sebaliknya;

1

Masa

Menjaga kebajikan ibu bapa ada banyak cara. Kalau sudah terikat dengan tanggungjawab bekerja, pergi seawal pagi dan sampai di rumah selepas maghrib. Bila masa kita menjaga dan macam mana nak pantau ibu bapa yang uzur di rumah 24/7?

2

Keselamatan

Jika kedua-dua pasangan bekerja, siapa yang akan memantau ibu bapa yang sudah uzur? Jika tinggal bersendirian di rumah, ianya hanya akan menambah bahaya untuk mereka. Setiap anak pasti mahukan ibu bapanya berada dalam penjagaan yang terbaik.

3

Kesihatan

Ada sesetengah warga emas yang mungkin sudah uzur dan menghidap penyakit kronik seperti strok. Pusat penjagaan warga emas dapat memantau dan membantu menguruskan keadaan mereka dengan lebih baik sepanjang masa

TERBAIK JAGA SENDIRI DI RUMAH ATAU HANTAR KE RUMAH ORANG TUA?

Kondisi ini bergantung kepada kemampuan anda dan keadaan ibu bapa itu sendiri. Bagi yang berkemampuan dari segi masa, digalakkan untuk menjaga sendiri dan sekiranya mampu dari segi kewangan, lebih baik mengambil perawat peribadi serta keselesaan dan keselamatan ibu bapa yang uzur  lebih terjamin kerana ada yang memantau 24 jam sehari daripada ditinggalkan sendirian di rumah tanpa pengawasan.

Bagi yang kurang berkemampuan dari segi masa dan kewangan, adalah digalakkan untuk menghantar ibu bapa ke pusat jagaan orang tua kerana kos perkhidmatan ini jauh lebih murah berbanding mengupah perawat peribadi setiap hari.

Keadaan ibu bapa juga menjadi faktor sama ada perlu atau tidak untuk menghantar mereka ke rumah orang tua.

Sekiranya ibu bapa anda menghidap penyakit seperti strok, diabetes dan demesia yang memerlukan kepada penjagaan yang rapi, maka menghantar mereka ke rumah orang tua adalah langkah yang terbaik. Pusat jagaan akan memantau mereka sepenuhnya.

Misalnya  mencuci luka, memberi makan dan memandikan mereka semuanya memerlukan khidmat jururawat terlatih. Begitu juga dengan khidmat psikiatrik bagi yang mengalami kesihatan mental.

Jadi apakah pula kualifikasi memilih rumah penjagaan warga emas.

1

Bayaran Dikenakan

Faktor kewangan menjadi faktor paling penting dalam pemilihan rumah penjagaan warga emas. Kos pusat penjagaan warga emas milik swasta kebiasannya biayanya lebih tinggi jika dibandingkan dengan rumah penjagaan warga emas milik kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO). Penjaga boleh memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat atau perbadanan keagamaan sekiranya menghadapi masalah kewangan. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan jumlah harga untuk maklumat terperinci berkaitan pembayaran yang akan dilakukan.

2

Masa Fleksibel

Terdapat tiga jenis pusat jagaan iaitu pusat jagaan jangka panjang atau tetap, pusat jagaan masa pendek dan pusat rawatan harian. Anda boleh menghantar dan melawat orang tua anda ada bila-bila masa sahaja. Anda juga boleh meninggalkan mereka sekiranya anda perlu keluar kawasan. Di mana pun anda menghantar mereka, pastikan anda boleh melawat ibu bapa anda pada bila-bila masa.

3

Rawatan Yang Disediakan

Perkara utama yang perlu ditanyakan adalah, adakah pusat rawatan tersebut menyediakan rawatan yang ibu bapa anda perlukan? Adakah mereka mempunyai jururawat terlatih yang boleh mengendalikan keadaan orang tua anda?

Jika hanya mahu menghantar untuk sementara waktu, maka pusat jagaan harian merupakan pilihan yang tepat. Bagi orang tua yang memerlukan kepada rawatan atau perubatan yang khusus, maka anda perlu memilih pusat jagaan yang menyediakan fasiliti yang baik dan mempunyai perkhidmatan jururawat terlatih.

4

Fasiliti

Kriteria paling utama dalam memilih pusat jagaan warga emas ialah fasiliti yang dimilikinya. Adakah ia sesak penghuni? Adakah mereka mempunyai staf yang cukup dan terlatih? Adakah keadaan ruang tidurnya selesa? Ini semua perlu diperhatikan bagi memastikan keselesaan orang tua anda.

5

Penyediaan Makanan dan Ubat-Ubatan

Anda perlu melihat jadual dan menu harian makanan yang disediakan sama ada ianya bernutrisi dan seimbang atau tidak. Adakah ianya sesuai untuk pesakit? Anda juga peru memberitahu staf mengenai ubat-ubatan yang diperlukan oleh ibu bapa anda dan sebarang Alahan yang mungkin ada.

6

Lokasi

Lokasi juga memainkan peranan penting. Adakah lokasi pusat jagaan tersebut terletak di kawasan privasi yang jauh dari pencemaran bunyi dan jauh dari kesibukan? Ibu bapa seharusnya berada di dalam kawasan yang tenang bagi memastikan perasaan mereka baik-baik sahaja.

JOM bersama kami

KESELESAAN IBU BAPA PALING UTAMA

Selepas mengamati semua perkara di atas, barulah anda dapat membuat keputusan sama ada perlu atau tidak untuk menghantar mereka ke rumah orang tua. Gelaran anak derhaka kepada anak-anak yang menghantar ibu bapa ke rumah orang tua perlu diubah kerana ia tidak sesuai dengan masa sekarang.

Pilihlah pusat jagaan atau rumah orang tua terbaik yang memberikan keselesaan kepada ibu bapa anda di sana.

Yang utama, ikatan kasih sayang antara anak dan ibu bapa sentiasa terpelihara. Anda tetap menjalankan tanggungjawab anda sebagai anak manakala ibu bapa anda gembira melalui kehidupan mereka.

Share :